Remaja Menari Atas Kubur Jadi Tular


Sekumpulan remaja dikecam apabila video tarian mereka di atas kubur mula tular di media sosial.

Menerusi laman Facebook Viral Agency, satu perkongsian video menujukkan sekumpulan lelaki melakukan tarian kurang bermoral di sebuah tanah perkuburan Islam.

Rata-rata netizen yang menonton video itu melahirkan rasa kesal dan marah dengan sikap remaja terbabit yang dianggap seolah-olah menghina agama Islam.

 “Semoga mereka ini segera bertaubat dan diberikan hidayah. Sungguh memalukan sikap seperti ini,” tulis Mohd Akmal.

Senentara itu, Shah Shahrun menulis, “Dapatlah balasan tu nanti dengan perbuatan yang dilakukan ini. Inilah contoh manusia yang tidak mempunyai akal fikiran.”

Bagaimanapun, difahamkan, video berdurasi 22 saat itu dikatakan berlaku di negara jiran.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.