Pelik, Dulu Nak Sekarang Kit Siang Pertikai RCI

Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang nampaknya tidak teruja apabila tuntutannya lebih dua dekad lalu supaya sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat kerugian pertukaran asing (forex) Bank Negara ditubuhkan.

Malah beliau menyifatkan keputusan terbaru Kabinet itu sebagai tidak membantu negara, sebaliknya hanya memburukkan lagi nama Malaysia.

Jika sebelum ini sekitar tahun 1980-an dan 1990-an ketika skandal berkenaan menyebabkan kerugian kepada negara, Kit Siang dengan berani meminta supaya RCI ditubuhkan dan beliau berpendirian tegas agar kerajaan melaksanakan tuntutan berkenaan.

Namun kini pendirian berkenaan telah berubah sedangkan semua pihak terutama pembangkang perlu menyokong penubuhan RCI berkenaan bagi membolehkan skandal yang mengakibatkan kerugian besar kepada negara disiasat.

Jadi sesuatu yang pelik apabila Kit Siang mempertikai penubuhan RCI itu meskipun apa yang dilaksanakan adalah untuk melindungi kepentingan rakyat.

Kit Siang juga ketika itu merupakan pe­mimpin pembangkang paling lantang mengkritik isu ke­­ru­gian BNM tersebut dan mendesak kerajaan di bawah pimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri pada masa itu agar menubuhkan RCI.

Pada 21 Jun lalu, Kabinet sebulat suara bersetuju dengan syor Pasukan Petugas Khas (PPK) bahawa terdapat keperluan menubuhkan RCI bagi membolehkan siasatan terhadap kerugian urus niaga mata wang asing oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada sekitar 1980-an dan 1990-an diteruskan.

PPK, yang ditubuhkan bagi menyiasat kerugian tersebut, mendapati terdapat elemen menyembunyikan fakta sebenar kerugian dengan mengemukakan maklumat yang bertujuan mengelirukan Jemaah Menteri dan Parlimen, menurut Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam satu kenyataan.

“Penubuhan RCI ini seterusnya diharap mampu merungkaikan isu ini yang membelenggu negara sejak 23 tahun lalu,” menurut PMO.
.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.