Kaka Terkenang Beraya Dalam Banjir

KUALA LUMPUR: Berkongsi nostalgia Aidilfitri, penyanyi, Kaka Azraff, 27, teringat pengalaman zaman kanak-kanak beraya dalam banjir di kampung halamannya di Klang, Selangor.

Kaka atau nama penuhnya, Nor Atiqa Noor Azraff, berkata biarpun sudah lama berlalu, peristiwa itu meninggalkan kesan mendalam kepadanya.

“Biasalah kanak-kanak…teruja dapat main air. apat bermain air. Ibu bapa kami yang risaukan keselamatan kami.

“Perasaan ketika itu bercampur-baur kerana kami tidak dapat keluar beraya kerana kawasan rumah dinaiki air, namun pada masa yang sama, masing-masing seronok dapat berkumpul bersama saudara-mara.

“Apa yang pasti, peristiwa kampung dilanda banjir itu meninggalkan kesan mendalam buat saya dan ia masih segar di benak fikiran sehingga kini.

“Boleh tergelak sendiri apabila teringat kejadian beraya ketika kecil dulu,” katanya kepada BH Online.

Bercerita mengenai perkembangan kerjaya, penyanyi lagu Bukan Hal Aku itu mengakui rezeki kurang berpihak kepadanya tahun ini.

“Saya akui tahun ini sedikit suram berbanding tahun lalu. Biasalah, hidup pasti ada pasang dan surutnya.

“Tahun ini nampaknya lebih banyak dikuasai balada zaman 1990-an, namun saya lebih selesa untuk terus memperjuangkan lagu yang serasi dengan jiwa.

“Biarlah jika ‘trend’ lebih memihak kepada genre lain, saya tidak mahu kehilangan identiti itu. Insya-Allah, saya bakal tampil dengan single terbaharu dalam tempoh terdekat,” katanya.-Bharian

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.