Jari Kanak-Kanak Tersepit Eskalator

JOHOR BAHRU – Kegembiraan sambutan Aidilfitri sebuah keluarga bertukar detik mencemaskan apabila seorang kanak-kanak cedera dua jari kanan akibat tersepit pada eskalator di tingkat tiga Plaza Angsana Mall di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pada pukul 2.20 petang itu, mangsa merupakan kanak-kanak lelaki berusia dua tahun terpaksa dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini untuk mengeluarkan tangan yang tersepit pada kepingan besi eskalator tersebut, lapor Kosmo.

Difahamkan mangsa bersama ibu dan bapanya serta beberapa ahli keluarga lain ke pusat berkenaan sempena cuti Hari Raya Aidilfitri untuk membeli-belah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.