Ibu Dan Anak Lelaki Gembira Tukar Jantina


Dunia akhir zaman, macam-macam berlaku. Seorang ibu dan anak lelakinya yang berusia 15 tahun, telah mengejutkan ramai apabila mereka memutuskan untuk menukar jantina.

Si ibu, kini dikenali sebagai Eric Maison, selepas menjalani pembedahan membuang payu dara untuk menjadi lelaki manakala anak lelakinya, Corey, 15, telah menjalani rawatan hormon untuk menjadi perempuan dan akan menjalani pembedahan menukar jantina pada usia 18 tahun nanti.

Eric, telah berkahwin dengan Les dan mereka mempunyai empat anak yang lain, selain Corey. Anak-anaknya yang lain adalah Chelsea, 22, Kailee, 14, Ellen, lapan, Willow, enam dan Savanna yang berusia empat tahun.

Sebelum ini Eric merupakan seorang wanita yang ayu tetapi kini telah berubah menjadi tomboy, namun masih mengekalkan hubungan dengan suaminya. Dia malah menyifatkan hubungan mereka semakin rapat semenjak dia memutuskan untuk menjadi lelaki.

Eric bagaimanapun enggan menjalani pembedahan menukar jantina.
Jelasnya, sejak dulu dia menyedari dirinya terperangkap dalam badan wanita dan amat benci kerana memiliki payu dara serta berambut panjang.

“Saya selalu terfikir untuk mendapat kanser supaya saya boleh buang pay dara ini. Kini ia adalah perkara yang paling menggembirakan dalam hidup saya apabila saya boleh keluar di khalayak ramai sebagai transgender,’ ,” katanya.

Manakala Corey pula, menjelaskan disebabkan dia mempunyai ciri keperempuanan maka dia sering dibuli di sekolah.

Sementara Les pula menyokong sepenuhnya Eric walaupun dia masih kekal sebagai lelaki heterosexual.

“Saya jatuh cinta dengan orangnya. Anda sudah tengok gambar dia, dia adalah wanita yang cantik.

“Walaupun payudaranya dibuang, tetapi ia tidak mengubah apa-apa pun,” katanya.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.