Dagu Tertusuk Pancang Besi

BEIJING – Seorang lelaki masih hidup walaupun dagunya tertusuk sebatang pancang besi dalam satu kejadian di sebuah tapak pembinaan di sini baru-baru ini.

Menurut Agensi, buruh binaan itu tertusuk besi yang digunakan untuk pembinaan struktur selepas dia terjatuh dari tingkat atas ketika melakukan kerja-kerja pembinaan di sebuah bangunan.

Rakaman video yang kini menjadi viral di media sosial selepas menerima lebih tiga juta tontonan itu menunjukkan lelaki berkenaan kelihatan tidak bergerak sambil salah seorang rakannya memegang tangan kanannya untuk menenangkannya, lapor Kosmo.

Beberapa rakan lain cuba mencari jalan untuk memotong besi itu, namun gagal menyebabkan mereka terpaksa menghubungi pasukan bomba sebelum dia dikejarkan ke sebuah hospital.

Apa yang menakjubkan, walaupun dia mengalami kecederaan mengerikan, namun pasukan doktor menyifatkan keadaan itu tidak mengancam nyawanya.

Beberapa akhbar tempatan melaporkan besi yang tertusuk di bawah rahang itu telah merosakkan sebahagian giginya tetapi tidak mengenai organ-organ penting menyebabkan dia terselamat.

Dia kini terpaksa ditempatkan ke unit rawatan rapi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.