Chef Wan ‘Sound’ Anak Saudara Pemalas

Tahun ini, Chef Wan sekali lagi memberi amaran keras kepada anak buahnya di Instagramnya.

Chef Wan yang menegur anak buahnya dan menyifatkan orang muda pada masa kini tidak mahu menolong dan seakan ‘membuli’ ibu mereka.

“Jika tidak mahu menolong lebih baik jangan balik!,tulisnya menerusi kapsyennya di laman itu.

Menurut Chef Wan, sebagai anak sulung dia dipertanggungjawabkan untuk menjaga dan mencantikkan rumah di dan mengharapkan kerjasama daripada anak-anak buahnya untuk meringankan tulang membantu nenek mereka.

Bagaimanapun, anak-anak buahnya lebih suka menonton TV ataupun bermain dengan handphone sehingga membiarkan nenek mereka membuat semua kerja sendiri.

“My advice to all my anak2 buah its simple.

“If u cant help and balik nak berpeluk tubuh aja please do me a favor don’t come back!”

Biarpun berlaku seorang daripada anak saudaranya difahamkan tidak mahu pulang ke kampung dah setelah di’sound’.

“Tak rugi pun saya tak melihat anak buah yang saya sama-sama membesarkan mereka and then to grow up and turn on their back dan kurang ajar macam terjadi pada my ex nephew Nadmi itu.

“Tahun ini dia tak balik. Suka hati la.”tulisnya yang juga memberikan amaran buat bakal-bakal menantu atau yang bercita-cita untuk berkahwin dengan anak buahnya perlu, rajinkan diri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.