Bulu Mata LED Jadi Tular

Sekumpulan pereka di Sweden telah berjaya mencipta bulu mata palsu menggunakan diod pemancar cahaya atau LED.

Bulu mata LED ini menjadi tular di media sosial dimana segelintirnya menganggap pemakai kelihatan lebih moden dan canggih berbanding tetamu lain apabila beraya dengan memakai bulu mata palsu LED ini.

Memetik laporan AstroGempak, F.Lashes telah dicipta oleh seorang pereka produk kecantikan berasaskan teknologi bernama Tien Pham.

Bayangkan, teknologi canggih ini bakal membolehkan anda tidak lagi perlu mengenakan maskara tebal pada bulu mata untuk mendapatkan kesan tertentu pada mata.

Mungkin tidak lama lagi pemakai boleh menggunakan bulu mata LED ini untuk kelihatan menawan, kerana bulu mata ini bukan sahaja bersinar terang, malah ia juga berkelap-kelip.

Laman sesawang Digit.in melaporkan, bulu mata LED ini terdapat dalam tujuh warna, iaitu merah jambu, merah, biru, biru muda, putih, kuning dan hijau tetapi harganya tidak dinyatakan buat masa ini.

Lampu LED mata bulu mata itu juga boleh bergerak mengikut pergerakan kepala pemakai.

Jika menari, ia akan berkelip-kelip.

Sehubungan itu, ia juga disambungkan kepada bateri yang kecil yang diletakkan di bahagian belakang kepala pengguna dan ada suis hidup/mati.

Bateri F.Lashes buat masa ini boleh bertahan selama empat jam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.