BAT Naikkan Harga Rokok Bermula Esok

KUALA LUMPUR – British American Tobacco Malaysia (BAT Malaysia) akan menaikkan harga semua jenama rokoknya berkuat kuasa esok, 29 Jun, 2015.

 

“Semakan harga hari ini mengambil kira Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

 

Syarikat telah menyerap GST selepas pelaksanaannya pada 1 April, 2015,” kata Pengarah Urusan BAT Malaysia, Stefano Clini dalam satu kenyataan di sini, Ahad.

 

Harga baharu rokok: Dunhill (RM13.80), Kent (RM13.80), Benson  and  Hedges (RM13.80), Peter Stuyvesant (RM12.30), Pall Mall (RM12.30) dan Lucky Strike Plain (RM14.30).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.