Malaysiakini Mahu Hakim Kendalikan Kes Saman, Tarik Diri

Kuala Lumpur – Penerbit Malaysiakini dan dua yang lain memohon supaya seorang hakim Mahkamah Tinggi mendengar kes saman fitnah yang difailkan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Setiausaha Kerjanya, Datuk Ab Rauf Yusoh terhadap mereka berhubung penerbitan dua artikel.

Dalam permohonan Mkini Dotcom Sdn Bhd itu, Ketua Editor Malaysiakini, Steven Gan dan Ketua Pengarangnya, Fathi Aris Omar, meminta Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Wira Kamaludin Md Said menarik diri daripada mendengar saman fitnah itu atas alasan bahaya berat sebelah yang nyata

Saman itu ditetapkan untuk pendengaran di hadapan Kamaludin.

Ketiga-tiga defendan berkata, Pesuruhjaya Kehakiman dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri selepas berunding dengan Ketua Hakim Negara.

Mereka berkata, Pesuruhjaya Kehakiman tidak menikmati jaminan tempoh penugasan, selain tidak ada jaminan bahawa mereka akan dilantik sebagai hakim Mahkamah Tinggi.

Mahkamah menetapkan 8 Julai ini untuk pengurusan kes bagi permohonan berkenaan di hadapan timbalan pendaftar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.