Rafizi insan tak gentar berdepan kuasa, teruskan sumbang idea kepada negara – Izzah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden PKR Nurul Izzah Anwar memuji kehebatan sahabatnya Datuk Seri Rafizi Ramli yang tidak pernah gentar berhadapan dengan kuasa, dan tidak pernah takut untuk menyatakan kebenaran.

Menurut Izzah, Rafizi telah memperkenalkan gagasan dan dasar yang mengubah wacana kita, khususnya tadbir urus, ketelusan, dan keadilan ekonomi.

“Saya menghormatinya.Banyak idea beliau, yang tidak akan dilupakan, malah akan diteruskan, diperhalusi dan dilaksana, bukan kerana ia datang daripada beliau atau saya, tetapi kerana ia adalah yang terbaik untuk Malaysia.

“Pemikiran seperti Rafizi akan sentiasa menjadi kekuatan, sama ada berada dalam kerajaan atau tidak.

“Negara memerlukan idea dan langkah yang berani, dan saya percaya beliau masih mempunyai banyak sumbangan untuk diberi.

“Namun, ke mana pun arah perjalanan beliau selepas ini, saya yakin beliau akan terus membentuk masa depan negara ini dengan cara yang bermakna,” kata Izzah dalam kenyataan media menyusul pengumuman peletakan jawatan Rafizi sebagai Menteri Ekonomi.

Pun begitu, Izzah menegaskan fokus beliau kekal pada usaha memperkukuh parti.

“Kami akan terus memastikan pimpinan tertinggi parti sentiasa dipantau dengan baik, dan saya berazam untuk memastikan kerja-kerja penting terus dilaksanakan.

“Tanggungjawab kita untuk sentiasa saling mengingatkan bahawa kita tidak boleh lari daripada nilai dan prinsip yang kita pegang dan perjuangkan selama ini.

“Sebagai langkah awal, kami akan memperkenalkan latihan wajib, khusus kepada semua pemimpin parti, di peringkat pusat, negeri dan cabang tentang undang-undang berkaitan pengubahan wang haram (AMLA), rasuah dan pematuhan cukai. Kerana tadbir urus yang baik seharusnya dibina atas asas prinsip dan ilmu yang kukuh.

“Ini penting untuk mengelakkan usaha membudayakan politik wang dan salah laku, serta memastikan semua pimpinan memahami tanggungjawab dan memelihara integriti mereka.

“Kita seharusnya menjadi contoh kepada perubahan yang ingin kita lihat dalam diri orang lain,” kata beliau lagi.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat