KUALA LUMPUR – Dasar Ekonomi Baru (DEB) bukanlah satu kegagalan namun idea dan dasar yang menghalang Malaysia daripada menjadi negara maju menjelang 2020.
Mengutip pengalaman bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini mengunjungi Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA’25), beliau akui syarikat-syarikat Malaysia kini sudah berjaya menghasilkan produk berteknologi tinggi bahkan mereka telah diperakui oleh pengeluar semua jenis pesawat.
“Sesungguhnya LIMA telah melangkah jauh dalam industri aeroangkasa dan maritim.
“Jika kerajaan menyokong, kita boleh pergi lebih jauh.
“Perindustrian Malaysia telah berjaya. Pada masa lalu 80 peratus daripada eksport kita terdiri daripada bahan mentah seperti getah, minyak sawit dan bijih timah. Hari ini, kalau tidak silap 80 peratus eksport kita adalah terdiri daripada barangan perkilangan.
“Sebenarnya kita boleh buat lebih baik.
“Kita mempunyai sumber yang sangat besar. Tetapi kami tidak menggunakan sepenuhnya sumber ini. Sayang sekali,” ujarnya dalam catatan terbarunya di media sosial.
Dr Mahathir memberitahu, semasa LIMA mula diadakan pada tahun 1991, para peserta semuanya warga asing bahkan hampir tiada syarikat Malaysia dalam industri aeroangkasa.
“Saya berada di LIMA kelmarin dan saya dapati peratusan besar peserta pameran adalah syarikat Malaysia. Kita benar-benar telah mencapai kemajuan yang besar dalam bidang ini.
“Syarikat Malaysia mempamerkan semua jenis produk keluaran Malaysia, mereka mengeluarkan dan menyediakan banyak produk berteknologi tinggi.
“Bahkan produk keluaran Malaysia telah diperakui oleh pengeluar semua jenis pesawat. Malah, mereka mampu mereka bentuk dan menghasilkan semua jenis komponen dan produk aeroangkasa.
“Syarikat-syarikat ini menggaji jurutera bertauliah sebanyak ratusan orang. Malah, ramai jurutera mereka telah tertarik untuk bekerja dengan syarikat asing. Dasar kerajaan membenarkan warga asing menubuhkan syarikat kejuruteraan di Malaysia yang dikendalikan oleh jurutera dari syarikat tempatan,” katanya.