KJ larang Anwar hantar menteri hadir sambutan kemerdekaan AS ke-248

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Khairy Jamaluddin Abu Bakar menasihatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada hadir mahupun menghantar menteri wakil pada sambutan kemerdekaan ke-248 Amerika Syarikat (AS) di Kuala Lumpur.

Bekas Menteri Kesihatan itu juga melarang kehadiran sesiapa juga di kalangan rakyat Malaysia yang dijemput meraikan sambutan kemerdekaan AS itu.

“Anwar Ibrahim jangan hantar mana-mana menteri hadir acara ini.

“Rakyat Malaysia lain yang dijemput juga jangan hadir,” seru Khairy di Instagramnya pada Selasa.

Dalam tangkap layar jemputan itu memperincikan sambutan kemerdekaan ke-248 AS itu akan berlangsung pada Isnin, 10 Jun 2024 bertempat di Mandarin Oriental, Kuala Lumpur.

Khairy sebelum itu mengkritik Kedutaan AS di Malaysia bahawa gesaan Presiden Joe Biden supaya Israel melindungi orang awam di Rafah adalah ‘tidak cukup’.

Beliau sebaliknya mendesak supaya AS menghentikan segera penghantaran senjata kepada rejim zionis Israel.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat