HONOR Bakal Perkenalkan Telefon Pintar Flagship Estetik AI Baharu di Malaysia

- Advertisement -

KUALA LUMPUR, 28 Mei 2024 – HONOR Malaysia memuat naik poster mengacah kedatangan telefon pintar baharu di Facebook yang akan dilancarkan di Malaysia dalam masa terdekat. Pengarah Negara HONOR Malaysia, Justin Li menggambarkan peranti baharu ini sebagai gabungan Flagship Estetik AI dan estetika fotografi.

Menampilkan Teknologi AI Terkini HONOR

Pada VivaTech 2024, 23 Mei lalu, Ketua Pegawai Eksekutif HONOR Device Co. Ltd, George Zhao menekankan tentang konsep AI pada peranti. Zhao menonjolkan kelebihan AI pada peranti berbanding AI berasaskan Cloud seperti keselamatan yang diperbaiki akibat pengurangan risiko kebocoran data. AI pada peranti juga melaksanakan pembelajaran mendalam terhadap tingkah laku pengguna, seterusnya memahami pengguna dengan lebih baik berbanding AI berasaskan Cloud.

Sebagai tambahan, AI pada peranti membolehkan kefungsian merentas antara peranti HONOR pengguna. Contohnya, jika pengguna memiliki telefon pintar, komputer riba, tablet, jam tangan pintar, fon putik telinga serta peranti pintar lain HONOR, semua peranti ini boleh memahami tingkah laku pengguna dan bekerjasama antara satu sama lain untuk memberikan pengalaman yang lebih peribadi. 

Buat masa sekarang, fungsi AI HONOR telah digunakan pada Siri HONOR Magic seperti AI Motion Sensing, Magic Portal, Magic Capsule, AI Privacy dan AI Eye Protection. Menurut Zhao, fungsi AI HONOR akan disepadukan ke dalam semua produk kelas pertengahan hingga kelas atas HONOR pada masa hadapan. 

Seperti disahkan Li, produk baharu HONOR akan datang di Malaysia juga bakal dilengkapi fungsi AI terkini dan pengalaman pengimejan yang setanding kamera profesional.

HONOR Bakal Perkenalkan Estetika Fotografi

HONOR telah bekerjasama dengan sebuah studio fotografi lagenda Paris untuk tereka bentuk bersama sistem kamera telefon pintar baharu tersebut. Kolaborasi perintis ini membolehkan pengguna menangkap gambar potret menakjubkan dan berkualiti studio dari peranti ini. Dengan teknologi pengimejan berkuasa HONOR, produk baharu akan datang memperkasakan pengguna untuk meneroka fotografi telefon pintar ke tahap baru. 

HONOR Umumkan Peranti Flagship Estetik AI Baharu Minggu Depan

Nantikan maklumat lanjut daripada HONOR mengenai telefon pintar Flagship Esterik AI ini dalam minggu yang akan datang. Untuk maklumat lanjut, ikuti Facebook rasmi HONOR Malaysia atau laman web rasmi HONOR di https://www.honor.com/my/ 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat