DOLLA Re:Birth The Experience bakal belangsung di Zepp KL pada 3 Ogos ini.

- Advertisement -

Ditubuhkan semasa bencana covid  melanda seluruh dunia, kumpulan Dolla telah telah membuktikan apa yang mereka perlu lakukan pada ketika itu adalah bertahan, bermula dengan empat ahli, kumpulan wanita ini telah banyak meninggalkan kesan di dalam industri musik tanah air. Kini Dolla telah diiktiraf di seluruh pelosok dunia berdasarkan bakat tarian dan nyanyian mereka.

Pengumuman pengunduran seorang ahli mereka Syasya, kumpulan tersebut kini terus bergerak maju ke depan dengan sokongan berterusan peminat mereka yang dikenali sebagai iDollas dan syarikat  label muzik Universal Music Malaysia. 

Kini Dolla terus bangkit dengan sebuah konsert pertama mereka dengan kerjasama Hitman Solution, ini hasil daripada usaha yang tidak pernah luntur daripada kumpulan Dolla yang sentiasa bersemangat dalam mencapai cita cita mereka dalam bidang musik.

Konsert yang diberi judul DOLLA Re: Birth The Experience bakal berlangsung pada 3 Ogos 2024 bertempat di Zepp Kuala Lumpur, Pihak penganjur berharap untuk mengumpulkan seramai 3000 orang iDollas untuk hadir dan bergembira pada konsert tersebut.

“Kami di Universal Music Malaysia, sangat teruja untuk mengumumkan konsert DOLLA yang akan datang ini, ia bukti perjalanan luar biasa dan kerja keras mereka. Konsert ini mempamerkan dedikasi dan bakat mereka yang mewakili pencapaian penting dalam misi label kami untuk memartabatkan senario muzik tempatan dan membawa artis Malaysia ke pentas antarabangsa.”

“Saya amat berbangga dengan pencapaian DOLLA dan usaha gigih pasukan kami di belakang tabir dalam menghidupkan konsert ini. Bersama-sama, kami bukan sahaja menghidupkan semula kumpulan nyanyian wanita di Malaysia tetapi juga menetapkan piawaian baharu untuk eksport serantau.  Bersama-sama, marilah kita semua meraikan kejayaan DOLLA dan masa depan muzik Malaysia yang bertenaga,” kata Pengarah Urusan Universal Music Malaysia, Kim Lim

Konsert ini bakal menyaksikan kesungguhan usaha kumpulan Dolla di atas titik peluh mereka selama ini untuk memberikan satu persembahan yang pasti tidak akan dilupakan oleh peminat yang bakal menyaksikan konsert tersebut itu nanti.

“Saya berharap konsert ini dapat menjadi pengalaman dan kenangan buat semua iDollas yang akan menghadiri konsert itu. Matlamatnya adalah untuk mereka bergembira dan berseronok bersama kami sambil mencipta kenangan yang akan kekal selama-lamanya. Kami berhasrat mengadakan persembahan yang menakjubkan dan mencipta pengalaman terbaik untuk peminat tercinta kami. Jadi bersedia untuk dibawa ke dunia DOLLA,” jelas Tabby dari DOLLA.

“Konsert DOLLA ini akan menjadi era baharu, kelahiran semula DOLLA. Kami sedang menyediakan susunan lagu DOLLA yang baru dan segar untuk konsert itu. Sudah tentu persembahan yang tidak pernah dilihat oleh sesiapa pun sebelum ini! Ia akan menjadi pengalaman yang penuh emosi dan istimewa untuk iDollas,” Tambah Angel.

“Kelahiran semula DOLLA memegang visi baharu yang berani, satu evolusi yang menangkap intipati kepribadian kami hari ini. Kami bakal melangkah ke satu ruang yang belum diterokai, menerima perubahan dan menghindari segala rintangan yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Bersedia untuk menyaksikan era baharu DOLLA. Ini bukan sekadar konsert; Ini adalah pernyataan dedikasi kami untuk sentiasa berkembang berserta peluang tanpa had di hadapan. Kami teruja untuk memberi peluang kepada semua yang telah bersama kami untuk mentakrifkan semula DOLLA yang baharu,” kata Sabronzo dari DOLLA.

Konsert yang dianjurkan oleh Hitman Solutions berjanji untuk memberikan pengalaman visual dan audio yang menakjubkan. Konsert tersebut juga merupakan saluran untuk gadis-gadis ini menunjukkan kelahiran semula DOLLA yang serba baharu dalam perspektif yang berbeza.

Konsert DOLLA bakal berlangsung pada 3 Ogos 2024, Sabtu di Zepp Kuala Lumpur. Tiket boleh dibeli di www.hitmanlive.com bermula 30 Mei 2024 (Khamis).



-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat