Anwar serah pihak berkuasa siasat secara telus penganugerahan kontrak kepada syarikat suami Hannah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil pendirian terbuka dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa membabitkan isu penganugerahan kontrak kepada suami Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, siasatan perlu dijalankan dengan telus sekiranya terdapat sebarang laporan mengenai penganugerahan kontrak tersebut.

“Itu serah kepada pihak berkuasa. Kalau mereka ada (terima) laporan, mereka harus telus dalam siasatan. Kalau ada laporan, ada siasatan dan patut ada penjelasan dan apa prosesnya.

“Saya ingat itu harus dianggap sebagai satu kes biasa dan patut disiasat, saya tidak ada masalah,” katanya ketika ditemui pemberita di Forum Global Ekonomi dan Kewangan Islam (GFIEF) 2024 pada Selasa.

Terdahulu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan, tiada sebarang kesalahan dikesan berhubung penganugerahan kontrak Kerajaan Selangor kepada suami Hannah yang juga Ketua Pegawai Eksekutif, Asia Mobility Technologies Sdn. Bhd.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, berdasarkan laporan media diterima pihaknya, kontrak itu diberikan oleh entiti lain yang tidak mempunyai kaitan dengan tugas dan tanggungjawab Hannah selaku Menteri Belia dan Sukan.

Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ng Sze Han dalam kenyataannya pula menjelaskan, Asia Mobility Sdn. Bhd. dan Badan Bas Coach Sdn. Bhd. terpilih untuk sistem DRT yang diluluskan Agensi Pengangkutan Awam Darat.

Dua syarikat itu dipilih Jawatankuasa Pelaksanaan Projek Rintis DRT selepas berjaya membuktikan konsep berkenaan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat