Garmin perkenal dua generasi jam pintar tahan lasak

- Advertisement -

Garmin Malaysia mengumumkan dua peranti jam pintar tahan lasak daripada generasi Instinct 2X Solar dan Instinct 2X Solar – Tactical Edition yang direka khusus untuk mendepani keadaan melampau dan ekstrem.

Peranti berkenaan didatangkan dengan skrin paparan mudah baca di dalam 50 milimeter (mm) kerangka fiber polimer yang diperkukuhkan serta mampu bertahan dalam semua keadaan atau cuaca ekstrem.

Ia dibina berdasarkan kepada piawaian MIL-STD-810 untuk ujian kejutan haba, ketahanan air dan hentakan manakala peranti ini turut mendapat penarafan 10 ATM iaitu mampu bertahan dalam tekanan air sedalam 100 meter.

Peranti boleh pakai pintar ini juga menampilkan kanta ‘Power Glass’ yang diperkukuh secara kimia dan tahan calar.

Kanta ini membantu dalam memanjangkan hayat bateri, menghasilkan 50 peratus lebih tenaga daripada jam Solar Instinct 2.

Pengecasan solar memberikan hayat bateri tanpa had dalam mod jam tangan pintar, membolehkan pengguna melakukan perkara yang mereka suka lebih lama tanpa perlu risau tentang mengecas semula jam tangan mereka.

Pengurus Besar Garmin Asia, Scoppen Lin berkata, tambahan terbaharu pada siri Instinct 2 ialah jam tangan pintar GPS yang direka khas untuk membantu pengguna mengharungi keadaan yang sukar, tetapi boleh disesuaikan untuk membantu mencapai matlamat kesihatan dan kesejahteraan setiap hari.

“Gaya uniknya sesuai dengan kehidupan, sama ada termasuk pengembaraan luar, masa di gim, barbeku hujung minggu bersama keluarga atau ketiga-tiganya.

“Dengan hayat bateri tanpa had dan lampu suluh pelbagai guna terbina, pengguna boleh kekal fokus pada tugas yang sedang dijalankan tanpa perlu risau tentang bila untuk mencari pengecasan,” katanya.

Instinct 2X Solar memperkenalkan lampu suluh LED bersepadu dengan keamatan berubah-ubah, sama ada memasang kem atau keluar untuk berlari dalam gelap, lampu merah atau putih boleh laras.

Ia akan menerangi persekitaran untuk lebih keterlihatan dan kesedaran situasi yang lebih baik.

Dalam mod strob, cahaya akan sepadan dengan irama larian dan berselang-seli antara putih dan merah supaya pengguna dapat dilihat dan dengan yakin mengambil setiap langkah.

Tanda harga untuk Instinct 2X Solar adalah RM2,200 manakala bagi Instinct 2X Solar – Tactical Edition adalah RM2,470 dan pengguna boleh dapati di wakil penjual rasmi Garmin.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat