Gandingan Fattah, Fazura Menjadi

Saat ini Cik Pang percaya penerbit dan pengarah Michael Ang adalah manusia paling gembira di muka bumi ini apabila dikhabarkan drama bersiri terbaru produksinya, Hero Seorang Cinderella, memperoleh jumlah tontonan tinggi sebaik disiarkan di Astro Ria.

Lebih membanggakan dikhabarkan jumlah tontonan Hero Seorang Cinderella mengatasi kejayaan drama bersiri Suri Hati Mr Pilot.

Ternyata formula Suri Hati Mr Pilot digunakan Michael Ang terhadap Hero Seorang Cinderella membuahkan hasil, apatah lagi menggandingkan pelakon popular, Fattah Amin dan pelakon terbaik, Fazura.

Teman Cik Pang yang mengikuti drama ini dari episod pertama kebanyakannya memberi komen positif. Kata mereka, kekuatan Hero Seorang Cinderella terletak pada Fazura.

Sebagai pelakon berpengalaman, Fazura memberi penuh penghayatan pada watak dijayakan. Malah kalau diperhatikan persembahannya seperti dia menjayakan filem dan bukannya drama bersiri.

Wow! Begitu melambung tinggi teman Cik Pang memuji lakonan Fazura dalam Hero Seorang Cinderella.

Malah ada mengatakan lakonan Fattah semakin mantap kerana digandingkan dengan pelakon hebat.

Cik Pang tidak nafikan perkara itu kerana memang ada kebenarannya. Disebabkan lakonan mantap Fazura, membuatkan mudah untuk Fattah mewujudkan kemesraan antara mereka. Pendek kata, gabungan mereka berdua memang menjadi.-Hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.