Video: Lepas Raba Punggung, Pelanggan Tumbang Ditampar

Rakaman – seorang pelanggan tumbang akibat ditampar menggunakan buku menu selepas memegang punggung seorang pelayan wanita dimuatnaik ke laman sosial dan mendapat perhatian lebih 5 juta pelayar.

 

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) tersebut yang dimuatnaik pada 22 Mei 2015 bagaimanapun tidak dapat dipastikan lokasi dan masa berlaku kejadian tersebut.

 

 

Dalam rakaman tersebut, seorang pelayan wanita mula bertindak menumbuk seorang pelanggan yang didakwa cuba menyentuh payu daranya.

 

Pelanggan tersebut kemudian bertindak memegang punggung pelayan terbabit dan wanita berkenaan pantas menampar memukulnya menggunakan buku menu.

 

Lelaki tersebut yang tumbang selepas dipukul kemudian dibantu oleh beberapa pelanggan lain untuk bangun dan beredar.

 

Rakaman tersebut membuktikan ‘kuasa wanita’ dan tindak balas pantasnya dipuji pelayar di laman sosial.

 

“Lelaki tersebut masih berani pegang punggung walaupun ditumbuk. Padan mukanya,” kata Joe Bigornia di laman Youtube.

 

“Perempuan tersebut tenang (selepas menumbuk). Kalau saya, mungkin saya dah belasah lelaki tersebut,” kata Kelly Stout.

 

“Anda dipukul lepas cuba meraba, dan anda bertindak pegang punggungnya pula? Sangat bijak,” kata Mutagen.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!