Uqasha Senrose: Kami Tidak Pernah Bertunang Pun!

18-Uqasha-Senrose-Dakwa-Tidak-Pernah-Bertunang-Dengan-Pekin-Ibrahim-ROTIKAYA-497x750Okay bawa bertenang Uqasha Senrose. Menerusi media beberapa hari lalu, Pekin Ibrahim telah memberikan kenyataan yang beliau dan Uqasha Senrose kini masih dalam ikatan pertunangan namun mengakui rancangan perkahwinan terpaksa ditangguh.

Harian Metro hari ini melaporkan sebaliknya pula dengan Uqasha Senrose tampil memberikan kenyataan yang kami anggap sebagai paling epik sebagai membalas kenyataan awal dari Pekin Ibrahim tentang hubungan mereka.

“Saya bukan tunang dia dan kami tidak pernah bertunang. Kata putus dah dibuat pun. Sudah empat atau lima bulan kami sudah tidak berkomunikasi langsung,” ujarnya.

Uqasha Senrose juga berkata yang beliau rimas dan bosan dengan sikap Pekin Ibrahim yang terus mencanang kisah cinta mereka di saat mereka berdua sudah tidak mempunyai apa apa hubungan.

“Saya betul-betul tak tahu apa agenda dia terus bercakap mengenai hubungan kami kepada media? Sebenarnya kami memang dah tak ada apa-apa. Kami dah pernah berbincang benda ini, jadi tak perlulah dia terus canang lagi,” tambah Uqasha Senrose. (rtky/m)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.