PM Singapura Tolak Tawaran Pampasan Blogger

SINGAPURA 28 Mei – Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong menolak satu tawaran pampasan `tidak munasabah’ oleh seorang penulis blog yang memfitnah beliau sekali gus memberi laluan kepada kemungkinan tuntutan saman.

“Tawaran klien anda sebanyak Sg5,000 (RM12,784 ) adalah tidak masuk akal dan sama sekali mengabaikan keseriusan kelakuan anak guam anda serta fakta yang tidak boleh dipertikaikan bahawa fitnah itu adalah palsu dan berniat jahat,” kata peguam Hsien Loong, Davinder Singh dalam sepucuk surat kepada penasihat undang-undang blogger Roy Ngerng, Yi Ling, semalam.

Singh minggu lalu menuntut permohonan maaf dan ganti rugi daripada Ngerng di atas penerbitan artikel pada 15 Mei yang menuduh Perdana Menteri itu melakukan rasuah. – AFP

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.