Pertempuran Berdarah Di Ukraine 50 Anggota Pemisah Maut

DONETSK, Ukraine 27 Mei – Ukraine hari ini berjaya merampas kembali kawalan di Lapangan Terbang Donetsk, timur negara ini sehari selepas melancarkan sera­ngan udara dan bertempur dengan kumpulan pemisah pro-Rusia.lu_06.1

Pertempuran di hab pengang-kutan utama lapangan terbang itu bermula semalam selepas kumpulan pemisah itu bertindak menye­rang lapangan terbang tersebut.

Seorang anggota pemisah yang enggan dikenali berkata, sekurang-kurangnya 50 anggota kumpulannya maut dalam pertempuran dengan askar Ukraine.

“Mayat kira-kira 30 anggota kami telah dihantar ke hospital Donetsk,” katanya.

Menteri Dalam Negeri Ukraine, Arsen Avakob berkata, pasukan keselamatan telah merampas kembali kawalan di lapangan terbang tersebut.

“Jumlah kematian melibatkan anggota kumpulan pemisah adalah tinggi, namun tiada laporan menyatakan tentera terbunuh dalam pertempuran itu,” katanya.

Datuk Bandar Donetsk, Olek-sandr Lukyanchenko berkata, dua orang awam dan 38 orang yang bertempur dalam kejadian itu maut, manakala pemimpin pemisah mendakwa angka kematian mungkin mencecah 100 orang.

Wartawan Associated Press menyaksikan pertempuran sejak semalam selepas kumpulan pemisah merampas kawalan ke atas Lapangan Terbang Donetsk dan tentera menggempur bagi mengundurkan kumpulan pemisah itu.

Pertempuran tersebut masih ber­langsung hari ini, menandakan peningkatan mendadak konflik di timur negara ini.

Jurucakap lapangan terbang itu, Dmitry Kosinov berkata, tidak dapat dipastikan lapangan terbang tersebut kini di bawah kawalan siapa.

Pertempuran itu bermula pada hari sama, jutawan Ukraine, Petro Poroshenko diumumkan sebagai pemenang Pilihan Raya Presiden selepas memperoleh 55 peratus undi.

Poroshenko berikrar mengem-balikan kestabilan di Ukraine selepas beberapa bulan konflik yang menghuru-harakan negara ini, namun menegaskan tidak akan berunding dengan kumpulan pemisah yang digelarnya sebagai pengganas. – AGENSI/AFP

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.