Kritik Pemilihan PKR : Chegu Bard Digantung Keahlian, Mana Hak Bebas Bersuara?

Kuala Lumpur – Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard antara yang digantung keanggotaannya oleh PKR kerana mendakwa proses pemilihan parti itu kotor dan tidak telus.

Keputusan itu diambil setelah lembaga disiplin menyiasat perkara itu dan membentangkannya dalam mesyuarat biro politik PKR semalam yang dipengerusikan Presiden Datuk Seri Wan Azizah Ismail.

“Sdr Badrul Hisham Shahrin akan diberi surat tunjuk sebab dan digantung keanggotaan parti serta-merta sehingga siasatan selesai,” kata Pengerusi Lembaga Disiplin PKR Datuk Dr Tan Kee Kwong. 

Salah seorang ahli PKR dari Kuala Lumpur ketika dihubungi oleh wartawan Suara.TV sebentar tadi mempertikaikan tindakan tersebut, sambil mendakwa ia adalah merupakan taktik kotor demi menyelamatkan kepentingan pihak-pihak tertentu.

Beliau yang enggan dikenali itu mengatakan, Chegu Bard hanya ingin memperjuangkan ketelusan agar intergriti parti dapat dipertahankan.

“Apa salah Chegu Bard! Yang bagi rasuah, yang salah guna kuasa, dibiarkan bebas bermaharajalela, yang bangkit memperjuangan hak dan kebenaran pula dihukum.

“Dia hanya kerana ingin memperjuangkan proses salahguna kuasa dan rasuah yang berleluasa di dalam pemilihan parti.

“Sebelum ini, kita sering dakwa UMNO sering salah-gunakan kuasa dan terlibat dengan rasuah, tapi bila ada pihak yang bersuara mengenai perkara yang sama di dalam parti terus digantung keahlian dan ada yang dipecat” katanya.

Beliau yang mempertikaikan tindakan tersebut turut mempertikaikan hak kebebasan bersuara yang sering dilaungkan oleh parti itu sebelum ini.

“Mana hak kebebasan bersuara yang sering kita laung-laungkan selama ini?

“Cakap tak serupa bikin dan jangan sampai rakyat benci dengan perangai ahli politik di dalam PKR” ujarnya lagi.

Menurutnya lagi, paling mendukacitakan bila ada dikalangan ahli PKR yang mempertikaikan keputusan dan tindakan parti, mereka akan dilabel sebagai ‘orang Umno’, ‘ejen Umno’ dan sebagainya.

Sedangkan ada dikalangan mereka telah berjuang untuk Anwar Ibrahim sejak zaman reformasi lagi.

“Kalau tak percaya, tengoklah nanti mesti ada yang akan dakwa Chegu Bard ini pun ejen dan orang UMNO” bidas beliau lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.