Kongsi Gelap Jangan Campur Urusan PRK Teluk Intan – Zahid

TELUK INTAN: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran keras kepada kumpulan kongsi gelap dan penjenayah agar tidak mengambil kesempatan pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan. 

Ahmad Zahid berkata beliau mendapat maklumat ada pihak yang antara lain cuba mengaut keuntungan melalui pilihan raya kecil itu yang akan diadakan Sabtu ini. 

“Jangan ugut orang, jangan cuba campur tangan dalam politik. Saya tahu muka mereka, saya tahu nama mereka, saya tahu mereka duduk di mana dan lari ke mana. 

“Saya tahu juga ada yang sedang buka pusat judi untuk 31 hari bulan ini. Saya bukan sekadar beri amaran. Saya tahu macam mana nak lakukan,” katanya ketika berucap pada majlis ramah mesra bersama-sama penduduk di sini, malam Selasa.

Ahmad Zahid yang juga Anggota Parlimen Bagan Datoh berkata pilihan raya kecil itu bukanlah soal perjudian politik, dan menggesa agar urusan memilih diserahkan kepada pengundi di kawasan Parlimen Teluk Intan.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid sekali lagi menyelar segelintir wakil media yang terus memutarbelitkan kenyataannya berhubung sumbangan masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

Justeru, beliau mengingatkan masyarakat Teluk Intan agar tidak terperdaya dengan propaganda pihak pembangkang khususnya dalam tempoh kempen yang berbaki tiga hari lagi. 

PRK Parlimen Teluk Intan pada 31 Mei ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional Datuk Mah Siew Keong dan calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud.

One thought on “Kongsi Gelap Jangan Campur Urusan PRK Teluk Intan – Zahid

  • May 31, 2014 at 2:15 am
    Permalink

    rakyat konfius dengan gelagat pemimpin…mereka menolak rasis tetapi dalam masa yang sama mereka memainkan sentimen rasis…mereka bercakap tentang perpaduan tetapi dalam masa yang sama mereka mencetus sengketa…mereka bercakap soal keadilan tetapi dalam masa yang sama mereka menafikan hak bersuara…mereka bercakap soal kerja berintegriti tetapi dalam masa yang sama mereka melakukan korupsi…mereka bercakap tentang kebaikan tetapi dalam masa yang sama mereka melakukan kejahatan… siapa sebenarnya yang bersifat rasis?…siapakah yang dikatakan pengkhianat?…siapakah yang menjadi perosak perpaduan?…siapakah sebenarnya penjenayah?…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.