Cadbury: Dakwaan Che Gu Bard Satu Pembohongan

Sebaik didedahkan oleh Feldavoice.com mengenai pembohongan beliau bahawa Felda merupakan pemegang saham majoriti dalam Cadbury Malaysia dan terbabit secara pengurusan yang memilih barangan berasaskan lemak babi, Ketua Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin, memadam entri Facebook beliau.

Malangnya, entri tersebut bukan sahaja dirakam oleh Feldavoice tetapi juga blog pro pakatan:-

Dakwaan Ketua Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin, bahawa Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) mempunyai saham majoriti dalam Cadbury Malaysia (CADBURY CONFECTIONERY MALAYSIA SDN. BHD) dan bertanggungjawab terhadap pengurusan syarikat terbabit adalah satu pembohongan dan cuba mengelirukan orang ramai.unnamed

Che Gu Bard yang merupakan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam kenyataan Facebook semalam (lihat gambar) mendakwa Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM) enggan menuntup kilang Cadbury Malaysia kerana Felda merupakan pemegang saham terbesar dalam syarikat tersebut.

Beberapa hari lalu, Kementerian Kesihatan Malaysia mengumumkan bahawa Dua sampel coklat Cadbury iaitu Coklat Susu dengan Kacang Hazel (Cadbury Dairy Milk Hazelnut) dan Coklat Susu dengan Buah Badam (Cadbury Dairy Milk Roast Almond) dikesan mengandungi DNA babi (porcine). Hanya dua jenis coklat tersebut sahaja dikesan mempunyai DNA babi.

Tidak cukup itu, Che Gu Bard juga mendakwa UMNO mengkhinati orang Melayu kerana melaburkan wang Felda ke dalam kilang memproses lemak babi dan DNA Babi.

Butiran profail syarikat Cadbury yang diperolehi dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia mendapati Felda hanya mempunyai saham minoriti dalam syarikat ini melalui Felda Holdings Berhad (FHB) yang kini merupakan anak syarikat Felda Global Ventures (FGV).shareholdercadbury1-e1401216676260

FHB hanya mempunyai saham sebanyak 9.87% sahaja dalam Cadbury Malaysia. Ia tidak mempunyai kuasa pengurusan mahu pun kawalan ke atas produk-produk asas bagi menghasilkan coklat-coklat yang tercermar dengan DNA babi tersebut. Pelaburan FHB sudah tentulah berasaskan pengiktirafan JAKIM mengenai produk halal Cadbury.

Justeru tindakan pemimpin PKR untuk menyalahkan Felda dalam isu ini sangatlah tidak masuk akal dan ternyata sekadar berniat jahat untuk memburukkan FELDA atas sebab politik.

Kenyataan Che Gu Bard bahawa kilang Cadbury memproses lemak dan DNA babi juga menunjukkan beliau tidak faham apa yang beliau cakap dan proses membuat coklat sebenar. Penemuan DNA babi ini bermakna coklat terbabit telah dihasilkan menggunakan bahan-bahan campuran yang dibuat berasaskan lemak babi. Ia bukan seperti yang Che Gu Bard cuba gambarkan seolah-olah kilang tersebut memproses lemak babi.

Che Gu Bard mungkin telah memadamkan kenyataan beliau dari facebook beliau. Namun banyak blog telah memetik kenyataan beliau sehingga menimbulkan keresahan masyarakat dan memburukkan reputasi FELDA. Jika beliau seorang muslim yang baik tentu beliau telah memohon maaf. Sebaliknya, beliau hanya menghilangkan kenyataan tersebut dan berpura-pura seperti tiada apa yang berlaku.http://www.feldavoice.com/?p=17057

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.