Kilang tayar Continental Alor Setar henti operasi hujung tahun 2025, 950 pekerja terjejas

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Continental akan menghentikan operasi pembuatan tayar di kilangnya di Alor Setar, Kedah menjelang hujung tahun 2025.

Fasiliti pengeluaran ini mengeluarkan tayar untuk kereta penumpang, trak ringan bagi pasaran Asia Pasifik, serta tayar motosikal.

Ketika ini, seramai 950 orang bekerja di fasiliti berkenaan.

Continental dalam kenyataan berkata, keutamaan syarikat adalah untuk menyokong pekerjanya dengan menyediakan bantuan seperti kaunseling kerjaya serta meneroka peluang pekerjaan yang berpotensi sama ada dalam Continental mahupun di luar syarikat.

“Keputusan untuk menutup kilang tayar Continental di Alor Setar adalah hasil daripada semakan perniagaan secara terperinci yang bertujuan untuk melindungi daya saing, serta prestasi perniagaan syarikat di rantau Asia Pasifik (APAC).

“Usaha ini juga dilaksanakan untuk menyesuaikan diri dengan perubahan permintaan pelanggan.

“Syarikat juga berhasrat untuk mengoptimumkan portfolio produk tempatan dan memantau pengeluarannya,” kata Continental dalam kenyataan pada Isnin.

Menurutnya, Malaysia akan kekal sebagai pasaran utama bagi Continental di rantau Asia Pasifik.

“Syarikat ini sekali lagi menegaskan komitmennya terhadap pelanggan dan rakan niaga, dengan menekankan bahawa hubungan jangka panjang serta kepercayaan kekal sebagai teras utama perniagaan di negara ini.

“Rantau Asia Pasifik merupakan kawasan pertumbuhan strategik bagi Continental. Dengan rangkaian pembuatan tayar yang kukuh, syarikat akan memberikan perkhidmatan yang sama kepada pelanggan penggantian serta pelanggan peralatan asal,” katanya lapor Harian Metro.

Menurutnya, selain di Alor Setar, kilang pembuatan tayar syarikat di rantau ini juga terletak di Hefei (China), Rayong (Thailand), Modipuram (India), Kalutara (Sri Lanka), dan Petaling Jaya (Malaysia).

Kilang tayar di Alor Setar memulakan operasinya pada 20 Disember 1979 dan sejak Mei 2012, kilang ini menjadi anak syarikat milik penuh Continental.

Fasiliti pembuatan ini meliputi kawasan seluas kira-kira 133,000 meter persegi.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat