Kerajaan Perpaduan dah lepas tempoh badi – Puad

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Ayer Kuning telah mengajar Perikatan Nasional (PN) jangan bawa cerita dongeng.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Datuk Puad Zarkashi berkata, kemenangan besar tiga kali berturut-turut Umno di Nenggiri, Mohkota dan Ayer Kuning adalah “signal” kuat kepada PN.

“Jangan bermimpi mahu menubuh kerajaan tebuk atap.

“Semangat orang Umno kental. Tidak akan ada ahli Parlimen BN yang akan pusing,” tegas Puad.

Menurut Speaker DUN Johor itu lagi, Kerajaan Perpaduan sudah melepasi tempoh tiga tahun.

“Sudah melepasi tempoh 22, 17 dan 15 bulan yang berbadi.

“PRK Ayer Kuning telah mengajar PN jangan bawa cerita dongeng.

“Rakyat mahu kerajaan stabil. Tunggu sahaja PRU ke 16 atau paling dekat PRN Sabah,” ujarnya.

Calon BN Mohamad Yusri Bakir menang PRK DUN Ayer Kuning, Perak dengan majoriti 5,006 undi, keputusan rasmi diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Yusri yang juga Setiausaha UMNO Bahagian Tapah, meraih 11,065 undi, mengatasi Abdul Muhaimin yang memperolehi 6,059 undi, manakala calon PSM, Bawani KS mendapat 1,106 undi.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat