Raja Bomoh Tak Layak Tanding Kerana Muflis

BAGAN DATUK – Presiden Persatuan Seni Silat Gayung Ghaib Malaysia (PSSGGM), Ibrahim Mat Zin, 68, atau sebagai raja bomoh tidak bertanding di kerusi Parlimen Bagan Datuk pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) kerana diisytihar muflis oleh Jabatan Insolvensi.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang memaklumkan perkara itu berkata, ini menyebabkan Ibrahim tidak hadir semasa proses penamaan calon di Dewan Gemilang, Sekolah Menengah Sains Bagan Datuk di sini hari ini.

“Saya dimaklumkan bahawa Ibrahim tidak dapat bertanding sebab mengalami bankrap.

“Saya alu-alukan kedatangannya ke sini tapi dia ada masalah dan itu bukan tanggungjawab kita,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas proses penamaan calon di Dewan Gemilang, Sekolah Menengah Sains Bagan Datuk di sini hari ini. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.