Pertandingan 3 Penjuru Di Putrajaya

PUTRAJAYA – Kerusi Parlimen Putrajaya menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Barisan Nasional (BN), PAS dan PKR.

Sehubungan itu, BN diwakili Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang juga penyandang kerusi berkenaan, PAS oleh Zainal Abidin Kidam dan PKR oleh Datuk Dr Samsu Adabi.

Dalam pada itu, pengumuman dibuat oleh Pengurus Pilihan Raya Parlimen Putrajaya, Datuk Azizi Ahmad Termizi pada jam 10.50 pagi.

Sehubungan itu, Azizi berkata, beliau berpuas hati selepas menyemak semua borang pencalonan dan tidak ada calon yang ditolak pencalonannya.

Menurut Tengku Adnan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan dan Setiausaha Agung BN ialah Ahli Parlimen Putrajaya selama tiga penggal berturut-turut sejak 2013.

Sebelum ini, Pada Pilihan Raya Umum Ke-13, Tengku Adnan menewaskan calon PAS Datuk Husam Musa dengan majoriti 5,541 undi, petik BH

Sementara itu, Zainal Abidin Kidam ialah Ketua Pegawai Eksekutif Harakah dan Datuk Dr Samsu Adabi Mamat ialah bekas pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.