Tanpa PAS, Ini Penggal Terakhir Azmin Jadi MB Selangor

ALOR SETAR – Dewan Pemuda PAS Selangor mengingatkan PKR serta Timbalan Presidennya, Datuk Mohamed Seri Azmin Ali bahawa parti Islam itu memberikan jasa besar pada Pilihan Raya Umum lepas.

Perwakilan dari Selangor, Mohamed Shukri Omar menegaskan tanpa sokongan mereka, PKR berkemungkinan mengalami kekalahan di negeri itu.

“Menteri Besar Selangor boleh memanggil kita ‘lebai’.

“Tapi ingat, tanpa jemaah ini membantu Pakatan, kerusi yang dipegang Menteri Besar akan menjadi penggal terakhir bagi beliau,” kata Shukri pada sesi perbahasan Muktamar Dewan Pemuda PAS di Kompleks PAS Kedah, Jumaat.

Pada masa yang sama Shukri turut mencabar Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli untuk bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Pandan pada Pilihan Raya Umum serta berhadapan dengan mereka.

“Fitnah boleh dilemparkan kepada pihak kami tetapi kami tidak sesekali akan berundur!” kata Shukri dalam ucapannya.

Sementara itu Shukri menjemput akar umbi PKR yang ‘ikhlas berjuang’ untuk bersama mereka dalam blok ketiga pembangkang iaitu Gagasan Sejahtera.

“Bagi mereka yang mahu lihat perubahan dalam negara, bagi mereka yang masih lagi ingin bersama PAS, marilah bersama kami dalam Gagasan Sejahtera,” kata Shukri.

Persidangan Dewan Pemuda parti Islam itu dijangka akan tamat hari ini.

Pada esok, Muktamar PAS Pusat akan bermula sehingga 1 Mei depan. – Bnbbc

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Open

Close