Israel Serang Kawasan Ketenteraan Syria

DAMSYIK -Serangan misil rejim Zionis telah menyebabkan letupan besar dan kebakaran di kawasan ketenteraan berdekatan lapangan kapal terbang antarabangsa Damsyik.

Menurut agensi berita Sana, sebuah tangki minyak dan beberapa gudang musnah dalam kejadian berkenaan.

Dalam pada itu, sumber pemberontak Syria berkata, depot senjata itu dikendalikan oleh pergerakan Hezbollah Lebanon yang kini bertempur di Syria sebagai sekutu rejim kerajaan Bashar al-Assad, lapor Utusan.

Rejim Zionis berkata, serangan itu berlaku berikutan polisi mereka yang mahu menghalang Iran daripada membekalkan senjata kepada pergerakan Hezbollah.

Israel menganggap Hezbollah dan sekutu utamanya, Iran sebagai ancaman terbesar kepada mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.