China Beri Amaran Laksana Sekatan Terhadap Korea Utara

WASHINGTON – China dipercayai memberi amaran akan melaksanakan sekatan ke atas Korea Utara jika terus melancarkan ujian nuklear.

Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Rex Tillerson, berkata perkara itu dimaklumkan oleh Beijing kepada Washington.

Tillerson ketika memaklumkan Fox News berkata, laporan perisikan Amerika Syarikat juga melaporkan pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un ‘bukan seorang yang gila’.

Laporan itu menunjukkan kesediaan Jong-un untuk berbincang dengan masyarakat antarabangsa untuk membolehkan Pyongyang meneruskan program nuklear dan senjatanya.

Tillerson berkata, langkah Presiden Donald Trump mengadakan persidangan dengan Presiden China, Xi Jinping, awal bulan ini, mungkin mendorong tindakan tegas Beijing terhadap jiran dan sekutunya, Korea Utara. – REUTERS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.