PasMa Hanya Mahu Pastikan Wan Azizah Jadi Ketua Pembangkang

Permatang Pauh – Pertubuhan Ummah Sejahtera Malaysia (PASMA) yakin calon PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mampu mempertahankan kerusi Parlimen parti itu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh.

 

Pengerusi PASMA Pulau Pinang, Zolkifly Md Lazim berkata pilihan raya yang dijadualkan pada 7 Mei depan itu hanya untuk memastikan kedudukan Wan Azizah sebagai Ketua Pembangkang.

 

 

“Saya rasa sini bukan bincang untuk kalah menang. Menang tentu menang.

 

“Kita bincang tentang Parlimen, siapa akan jadi Ketua Pembangkang dan Ketua Kerajaan,” katanya.

 

Ketua Whip DAP, Anthony Loke sebelum ini berkata kedudukan Ketua Pembangkang yang baru hanya akan diputuskan sebaik sahaja selesai PRK Permatang Pauh.

 

Kerusi Parlimen Permatang Pauh kosong apabila penyandangnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijatuhkan hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat pembantu peribadinya, Saiful Bukhairi Azlan.

 

Wan Azizah yang juga Adun Kajang di Selangor, pernah bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh dan memenanginya pada tahun 1999 selepas Anwar dipenjarakan atas kesalahan yang sama.

 

Beliau menjadi Ahli Parlimen kawasan tersebut selama dua penggal dan meletakkan jawatan untuk memberikan laluan kepada Anwar yang ketika itu baharu sahaja dibebaskan selepas menjalani hukuman penjara selama lima tahun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.