Model Sambilan Tanggal Baju Didakwa Di Mahkamah

KUALA LUMPUR – Seorang model sambilan yang dirakam video kerana membuka pakaian di Petaling Street minggu lalu didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur sebentar tadi atas pertuduhan melakukan perbuatan lucah di tempat awam.

 

Tertuduh, Persana Avril Sollunda, 33, mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Zura Shazween Hamzan.

 

Sebelum ini, sebuah video yang memaparkan seorang wanita menanggalkan bajunya selepas dituduh tidak membayar minuman yang dibelinya menjadi viral di laman-laman sosial.

 

Video yang berdurasi 1.52 minit dipercayai berlaku di Jalan Petaling, Kuala Lumpur.

 

Video tersebut menyaksikan wanita berkenaan marah kerana dituduh tidak membayar minuman yang dibelinya dan kemudian bertindak membuka baju sebelum menanggalkan baju dalamnya.

 

Kerana malu dengan tindakan wanita berkenaan, peniaga terbabit dilihat membiarkan wanita tersebut dengan perlakuannya.

 

Pada mulanya wanita dalam video dikatakan pelancong asing tetapi identiti sebagai warga tempatan terbukti apabila dia bertutur menggunakan Bahasa Melayu. – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.