Mahathir Mahu PM Yang Boleh Terima Arahannya – Rafizi

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli percaya, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak berminat melantik tokoh yang bersih di kalangan pemimpin Umno sebagai perdana menteri akan datang.

 

“Kepada Dr Mahathir, apa yang penting bukanlah seorang pemimpin yang boleh berkhidmat kepada rakyat. Itu bukan isunya.

 

“Apa yang dimahukan ialah meletakkan seorang perdana menteri yang boleh menerima arahan dan menjaga kepentingan beliau dan Umno,” katanya.

 

Rafizi mengulas cadangan bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim (gambar) yang mencadangan nama ahli parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah sebagai calon untuk menggantikan Datuk Seri Najib Razak.

 

Dr Mahathir kini dalam kempen giatnya mengetepikan Najib daripada jawatan perdana menteri dengan mengaitkan Presiden Umno itu dengan pelbagai dakwaan, termasuk salah urus firma 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

 

Rafizi yang juga Setiausaha Agung PKR berkata, Zaid bersikap kebudak-budakan dalam politik apabila mencadangkan nama Tengku Razaleigh.

 

Namun Rafizi bersetuju dengan Zaid bahawa Tengku Razaleigh mempunyai rekod bersih berbanding pemimpin lain dalam Umno. – Malaysiakini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.