Korban Gempa Bumi Di Nepal Cecah 4,000 Orang

KATHMANDU – Korban gempa bumi kuat 7.9 skala Richter di Nepal pada Sabtu meningkat kepada 4,310 orang.

 

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Laxmi Prasad Dhakal, berkata angka kecederaan juga meningkat menjadi 7,953 dan dipercayai angka ini akan semakin meningkat.

 

“Masih terdapat mangsa yang belum mendapat rawatan perubatan,” katanya.

 

Jumlah korban sebelum ini dilaporkan pada 4,010 orang. Kira-kira 100 orang juga dipercayai terbunuh di beberapa negara jiran termasuk India dan China. – Agensi/BHarian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.