Ibu Redah Api Selamatkan Anak

PAPAR – Seorang ibu yang menyedari dua anak lelakinya terperangkap dalam kebakaran sanggup menerjah masuk ke dalam rumah sebelum menyelamatkan kedua-dua mereka daripada rentung di Kampung Baru, dekat sini, semalam.

 

Dalam kejadian jam 9.10 pagi, tindakan nekad itu menyebabkan ibu berkenaan, Sainah Gampus, 44, mengalami lecur pada muka, namun kedua-dua anaknya, Rex Marshell Popol, 4, dan Rand Matthew Popol, 18 bulan, terselamat.

 

Seorang lagi penghuni rumah berkenaan yang juga ibu kepada Sainah berusia 65 tahun turut terselamat.

 

Menceritakan kejadian itu, suami mangsa, Popol Singau, 45, berkata, ketika kejadian dia tiada di rumah dan hanya mengetahui mengenai kebakaran terbabit sebaik dihubungi isteri.

 

“Ketika kejadian, saya sedang bekerja di sebuah kuari di Papar dan bergegas pulang sebaik dimaklumkan mengenai kejadian itu. – HMetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.