Google, Facebook Lancar Perisian Bantu Mangsa Gemnpa Bumi di Nepal

Nepal – Dunia baru saja dikejutkan dengan bencana gempa bumi berukuran 7.9 pada skala Richter di Nepal yang hingga kini mengorbankan sekurang-kurangnya 3,218 orang manakala 6,538 cedera.

 

Berikutan kejadian itu, atas dasar kemanusiaan, Facebook dan Google melancarkan perisian untuk membantu mengetahui keadaan mereka yang terbabit.

 

Google menyediakan peranti yang dikenali sebagai Peonple Finder, yang mana segala maklumat mengenai mereka yang terbabit dalam kejadian itu dapat diperoleh dan perisian itu juga dapat diakses dengan SMS.

 

People Finder bukanlah perisian baharu Google kerana pada tahun 2010 ketika gempa bumi di Haiti, Google turut melancarkan perisian sama.

 

Data People Finder diperoleh daripada pelbagai maklumat yang dikumpulkan baik daripada orang perseorangan ataupun organisasi.

 

Google turut menyumbang AS$1 juta untuk bantuan kemanusiaan. Sementara itu Facebook turut memiliki peranti sama, Safety Check yang membolehkan orang ramai mengetahui keadaan kenalan atau keluarga mereka di lokasi yang terbabit gempa bumi.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Facebook Mark Zuckerberg mengatakan bahawa jika ada pengguna Facebook yang berada di kawasan gempa bumi, maka akan ada notification (pemberitahuan) yang menanyakan status pengguna.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.