Cari Titik Persamaan Demi Kemakmuran Negara

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak menyeru rakyat agar dapat berfikir dengan matang dan tidak diselubungi emosi dalam menghakimi kerajaan dan usaha-usaha murni yang dilakukan kerajaan dalam membangunkan negara selama ini.

 

Perdana Menteri berkata, adalah penting untuk semua pihak memiliki jiwa yang besar dalam perjuangan membangunkan tanah air.

 

“Kerana itu, saya menyeru, marilah kita jauhkan segala sengketa dan mencari titik persamaan demi kemakmuran sebuah Malaysia.

 

“Yakin dan percayalah, apabila kebenaran telah memancar dan menampakkan diri kelak, akan gugurlah segala nista dan tohmahan,” katanya ketika membentangkan laporan tahunan Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Program Transformasi Kerajaan (GTP) di sini malam ini. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.