Captain America Tunggang Motosikal Di JB

Kuala Lumpur – Bagi sesetengah daripada kita, hidup seperti seorang superhero komik pernah menjadi impian ketika zaman kanak-kanak.

 

Tetapi bagi lelaki berusia 46 tahun, Kimberly Lee Tan, dia telah menjadikan impiannya ketika kanak-kanak sebagai realiti dengan memakai kostume superhero kegemarannya.

 

Bagaimanapun, dia hanya berpakaian seperti seorang superhero komik tetapi tidak melawan orang jahat.

 

Tan yang berasal dari Filipina, menghabiskan sepanjang hari semalam dengan menunggang motosikal Ducati Monster dengan memakai kostum Captain America di Johor Bahru.

 

Pemakaian kostum beserta motosikal berwarna hitamnya itu menjadi viral di laman sosial apabila beberapa keping gambar Tan dimuat naik di Facebook dan disebarkan oleh orang ramai.

 

“Ia merupakan Ahad yang menyeronokkan bagi saya, pada mulanya, saya hanya mencantikkan motosikal saya sahaja.

 

“Dan pemakaian kostum seperti Captain America itu juga sering dipakai oleh rakan-rakan saya,” katanya.

 

Tan yang mempunyai pusat kecergasan di Johor Bahru tidak menjangkakan tindakannya itu akan menjadi viral di laman sosial dalam masa yang singkat.

 

“Saya hanya memakai kostum itu untuk suka-suka sahaja,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.