Video : Sanggup Pertahan COMANGO, Pas Sudah Jauh Tersasar

Shah Alam – Adun BN Selangor kesal dengan keputusan kerajaan negeri yang bertindak menolak usul pendirian terhadap Gabungan NGO Malaysia-Coalition of Malaysian NGOs (Comango) yang dikemukakan sebelum ini.

Adun Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi ketika ditemui berkata, ketika membawa usul tersebut beliau hanya mengharapkan kerajaan Selangor pimpinan PKR, PAS dan DAP untuk menyatakan pendirian kerajaan negeri berhubung isu ini.

“Kerajaan persekutuan bukan tolak secara keseluruhan, tapi enam perkara yang bertentangan dengan nilai moral misalnya isu LGBT dan jenayah liwat serta biseksual.
“Saya usulkan isu Comango ini supaya kerajaan negeri mengambil satu pendirian” jelasnya.

Menurut Budiman, isu ini mudah kerana ada laporan yang dibuat oleh Comango terhadap hak asasi di Malaysia, namun persoalannya apakah prinsip kerajaan negeri?

“Apabila saya membawa usul ini, saya cuba meletakan pendirian kepartian di luar (dewan). Kerana usul yang saya bawa ini merentasi kepartian dan politik.

“Ia bertujuan untuk mendapatkan pendirian dari pihak kerajaan negeri kerana usul yang ditolak ini jelas melanggar nilai moral dan perlembagaan negara.

“Contoh yang penting dari usul yang dikemukakan ini perkara 6.1 dan perenggan 6.2 iaitu kita (kerajaan) digesa untuk menerima hak-hak berasaskan sex orientasi atau lebih dikenali pada hari ini LGBT” jelasnya lagi.

Menurut beliau, apa yang sangat mendukacitakan apabila usul tersebut turut ditolak oleh rakan-rakan yang beragama Islam dari Pas dan PKR.

“Saya fikir mereka sepatutnya bersetuju dengan usul dan hujah yang saya kemukakan. Kerana perkara ini yang ditolak ini bertentangan dengan gaya hidup Timur (dan Islam).

“Mereka (Comango) desak kita terima gaya hidup songsang, sudah tentu tidak boleh” tegas beliau lagi.

Budiman berkata, beliau terperanjat apabila melihat wakil-wakil dari Pas yang turut mengambil bahagian dalam perbahasan pada ketika itu menolak keras usul tersebut.

“Mereka hanya memperlihatkan usul ini (kononnya) tidak mempunyai kepentingan.

“Apabila saya teliti kembali rakaman perbahasan, langsung tidak ada kenyataan mereka yang menyebut ‘menerima hujah yang dibangkitkan, namun tidak bersetuju dengan usul yang dibentangkan’.

“Mereka (Adun Islam dari Pas dan PKR) tolak begitu sahaja (seolah-olah bersetuju dengan gesaan Comanggo untuk membenarkan seks songsang dan sebagainya).

“Kita boleh berpolitik, namun apabila ada perkara yang melibatkan soal agama, bangsa apa yang perlu dilakukan ialah merentasi soal politik dan kepartian” ujar beliau lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.