Video : Hudud, Pas Perlu Keluar Pakatan – Zahid Hamidi

Masjid Tanah – Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berpendapat PAS perlu keluar dari pakatan sekiranya ingin melaksanakan hudud.

Ini kerana menurutnya, ketidaksepakatan di antara tiga parti berhubung perkara itu hanya memudaratkan sokongan orang Islam kepada PAS di masa akan datang ketika mengulas kenyataan Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke yang menegaskan bahawa pas perlu berundur dari pakatan pembangkang sekiranya ingin melaksanakan hudud.

“Jelas bahawa program (cadangan untuk melaksanakan hudud di Kelantan) mereka tidak diterima oleh DAP dan PKR.

“Kalau mereka masih terus bergelimpangan dan berpelukan dalam pakatan, ia akan memudaratkan PAS sendiri dari sokongan orang-orang Islam” ujarnya sejurus selepas merasmikan sekolah agama Imtiaz Ulul Albab, Melaka baru-baru ini.

Anthony Loke dalam satu kenyataan pada Jumaat lalu menggesa PAS untuk keluar daripada Pakatan Rakyat sekiranya ia bertegas mahu melaksanakan hudud di negara ini.

Ahli Parlimen Seremban itu menyifatkan tindakan PAS tersebut melanggar muafakat Pakatan Rakyat kerana pelan pelaksanaan hudud dibuat tanpa kata sepakat Majlis Presiden atau pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat.

“Sekiranya PAS bertegas untuk membuat sebarang keputusan dan tindakan yang tidak ada konsensus dalam Pakatan Rakyat, maka langkah yang paling terhormat dan sewajarnya untuk PAS ialah berundur dari Pakatan Rakyat,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.