SEPUTEH – UMNO kini dalam keadaan siap siaga menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Kuning, dengan pengumuman calon dijadualkan pada 7 April ini.
Menurut Datuk Razlan, persiapan telah berjalan lancar, dan jentera parti telah turun padang untuk bertemu pengundi walaupun dalam bulan Ramadan.
“Walau siapa pun calon yang akan diumumkan nanti, kita yakin sokongan padu daripada pengundi akan terus diberikan kepada Barisan Nasional (BN), Semua jentera sudah bersiap sedia untuk memastikan kemenangan berpihak kepada kita,” katanya kepada pemberita pada majlis santunan kasih ramadan di Kompleks Tun Abdul Ghafar Baba dekat sini petang semalam.
PRK Air Kuning dijangka berlangsung dengan persaingan sengit, namun kepimpinan UMNO Tapah tetap yakin bahawa parti berada di landasan terbaik. Keputusan pemilihan calon diserahkan kepada Presiden UMNO dan Menteri Besar Perak, selaras dengan strategi parti dalam memastikan kemenangan di kerusi berkenaan.