Agihan Pendapatan ASM dan ASB2 Lebih Rendah Dari Sebelumnya

KUALA LUMPUR – Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 6.00 sen seunit untuk Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB 2) bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2019.

Agihan pendapatan untuk Amanah Saham Malaysia (ASM) pula diumumkan sebanyak 5.50 sen seunit bagi tahun kewangan yang sama.

Pengumuman oleh Pengerusi PNB, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz itu menyaksikan agihan pendapatan kedua-dua saham amanah itu lebih rendah berbanding tahun 2018.

Tahun lalu, PNB mengumumkan agihan pendapatan 6.75 sen untuk ASB2 dan 6.25 sen untuk ASM bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2018. – SuaraTV

Lain-Lain Berita;-

Dividen KWSP 6.15 Peratus, Merosot Berbanding Tahun Sebelumnya

Kadar Dividen KWSP Merosot, Tapi Lim Guan Eng Dakwa Prestasi Terbaik

PNB Umum Dividen 2018 ASB 7 Sen Seunit, Merosot Berbanding Tahun Lalu

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.