Kenapa Mahathir Enggan Hadir Forum `Layakkah Tun Mahathir Menjadi PM Sekali Lagi’?

Sebuah badan bukan kerajaan (NGO), akan menganjurkan forum bertajuk `Layakkah Tun Mahathir Menjadi PM Sekali Lagi” yang dijadualkan esok di Kota Bharu.

Ia bakal mengulangi forum yang diadakan di ibu negara baru-baru ini, di mana pengerusi Pakatan Harapan, Dr. Mahathir Mohamad telah membuat kejutan dengan menghadirinya.

Forum anjuran NGO mesra PAS kali ini akan menjemput panel yang terdiri daripada penganalisis politik, Dr. Kamarul Zaman Yusof, Ketua Pemuda PAS Kelantan Ahmad Fadhli Shaari, dan Ketua penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) CheguBard.

Meskipun dijemput namun Mahathir telah menegaskan beliau tidak akan menghadirinya kerana beliau mahu berdebat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, bukannya dengan `konco-konco’ Najib dan Hadi.

Peliknya, kenapa dalam forum anjuran Sinar Harian bertajuk “Adakah Tun M terlalu Tua untuk jadi PM?” pada minggu lepas, Mahathir boleh menghadirinya sedangkan panel forum itu tidak ada pun Najib atau Hadi, hanya Dr. Kamarul, pakar psikologi, Prof Datuk Mat Saat Mohd Baki dan Cikgu Fitness Malaysia, Kevin Zahri Abdul Ghaffar.

Mungkin disebabkan kali ini Mahathir tahu panel jemputan itu tidak akan menyokong beliau jadi beliau takut. Mungkin juga sebab ada Chegu Bard sebagai tetamu jemputan panel kali ini.

Seorang Facebooker, Khalid Ismath dalam tulisannya di Facebook baru-baru ini menceritakan bagaimana Mahathir meninggalkan satu majlis ketika CheGu Bard datang mengejut ke dialog bersama bekas Perdana Menteri itu di Universiti Malaya.

Mahathir ketika itu menghadiri program Dialog Anak Muda ‘Deklarasi Rakyat, Realiti Atau Fantasi’ di Clubhouse Persatuan Alumni UM, pada 2016.

“Masa tu, bila dpt tahu Che Gu Bard datang, pegawai2 Mahathir halang wartawan masuk. Para peserta pulak diminta jgn rakam video.

“Bila che Gu Bard bangun tanya soalan kpd Mahathir, Mahathir terus tinggalkan majlis. Mencicit-cicit lari. Video ada di wall Che Gu Bard. Prof Kamarul lebih berani la nampaknya,” demikian tulisnya.

Khalid merujuk kepada insiden di mana Dr. Kamarul kononnya terkucil ketika Mahathir membuat kejutan dalam forum anjuran Sinar Harian itu.

Namun Dr. Kamarul berjaya menyenaraikan 10 perkara di mana Mahathir tidak layak untuk menjadi Perdana Menteri pada usia 93 tahun.

Dengan dua kali pembedahan pintasan jantung yang dilakukannya, tahap kesihatan Mahathir menjadi ukuran. Bukan itu sahaja, dalam masa tiga tahun, beliau sudah 47 kali masuk hospital.

Malah ada beberapa ceramah tidak dihadiri oleh beliau disebabkan tidak sihat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.