MNC Amerika Yakin Pelaburan Di Malaysia

KUALA LUMPUR – Syarikat-syarikat multinasional (MNC) dari Amerika Syarikat terus yakin terhadap Malaysia sebagai sebuah destinasi pelaburan yang menarik.

Menurut Naib Presiden Kanan dan pengarah urusan serantau Majlis Perniagaan Amerika Syarikat-Asean, (USABC) ,Michael Michalak, antara faktor yang menarik perhatian pelabur adalah persekitaran mesra perniagaan, infrastruktur serta kemudahan ekonomi digital yang baik di negara ini.

Beliau ditemui RTM selepas mesyuarat USABC dengan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari.

Sebanyak 21 syarikat MNC dari Amerika Syarikat yang terdiri daripada 35 delegasi kini menyertai misi perniagaan ke Malaysia selama tiga hari bermula semalam.

Antara yang terlibat termasuk Coca-cola, Google, Harley Davidson, Visa dan Philip Morris.

Bagi 2016, Amerika Syarikat merupakan antara sumber pelaburan asing utama di Malaysia dengan menyumbang 36.2 bilion ringgit kepada jumlah pelaburan langsung asing, FDI.

Syarikat-syarikat ini banyak melabur dalam industri perkhidmatan khususnya sektor elektrik dan elektronik, aeroangkasa serta petrokimia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.