Amyra Tak Lalu Makan, Hamil 9 Minggu

Pelakon Amyra Rosli akui hilang selera makan sejak hamil anak sulungnya.

Amyra atau nama sebenarnya Nurul Amirah Izzati Rosli, 26, berkata lebih aneh dia kini tidak dapat menikmati makanan yang selalu menjadi kegemarannya.

“Alhamdulilah kandungan dah masuk 9 minggu dan baby ketika pemeriksaan sebelum ini sihat.

“Cuma saya memang tiada selera langsung untuk makan sekarang ini.

“Makanan kegemaran saya seperti coklat pun saya tidak lalu hendak makan.

“Tetapi yang peliknya saya kini lebih suka masakan melayu yang pedas sedangkan sebelum ini saya lebih suka makanan western.

“Saya tidak mengalami alahan teruk sehingga muntah dan sebagainya cuma saya akan mual dan pening lebih-lebih lagi apabila bau ibu saya sedang memasak di dapur,” katanya kepada Astro Gempak.

Amyra ditemui di majlis pelancaran rangkaian kecantikan dan fesyen Umma Nita di Hotel Shangri- La tengahari tadi.

Sementara itu Amyra memberitahu Amar turut mengalami perubahan yang pelik apabila kerap pening-pening serta mengidam.

“Amar orang paling gembira bila dapat tahu saya hamil.

“Sejak hamil dia tidak benarkan langsung saya membuat apa-apa kerja rumah.

“Tapi yang peliknya dia juga ada mengalami pening-pening dan akan mengidam untuk makan sesuatu.

“Baru-baru ini dia ada ajak saya makan ikan tiga rasa.

“Kiranya dia menjaga saya dan saya melayan kerenah makannya,” katanya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.