Video: Teresa Kok Dakwa Media Salah Petik Kenyataan ‘Feng Shui Buruk’

SHAH ALAM – Ekoran menerima kecaman hebat selepas kenyataannya berhubung pembelian banglo Lim Guan Eng pada harga rendah adalah kerana ‘Feng Shui tidak baik’, Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok kini menuding jari kepada media.

 

Pemimpin DAP itu mendakwa kenyataannya sewaktu Kongres Rakyat 2016 semalam telah disalah petik.

 

Ketika mendakwa bahawa beliau telah disalah petik semasa menyampaikan ucapan itu semalam, Kok berkata: “Puan Phang bersedia untuk menjual rumah kepada (Ketua Menteri Pulau Pinang) Guan Eng kerana sejak dia berpindah, terdapat banyak bantahan, kontroversi dan juga perarakan pengebumian olok-olok terhadap Guan Eng.

 

 

“Penunjuk perasaan di Pulau Pinang gemar mengadakan tunjuk perasaan di luar rumah Guan Eng, tidak seperti di Selangor di mana penunjuk perasaan membantah di luar bangunan kerajaan negeri.”

 

Semalam, Kok dipetik sebagai berkata bahawa Guan Eng membeli hartanah di Jalan Pinhorn di bawah harga pasaran atas alasan ‘feng shui kurang baik’.

 

Malah Kok semalam juga berkata, banglo tersebut dijual oleh pemiliknya, Phang Li Koon kepada Guan Eng pada harga RM2.8 juta walaupun harga pasarannya dianggarkan bernilai RM6.8 juta, disebabkan kedua-dua merupakan sahabat baik.

 

Kok juga berkata beliau juga akan melakukan perkara yang sama kepada seseorang yang dianggapnya sebagai rakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.