Bukan Gaduh Kerana Duit Hantaran Tapi Sebab Kurang Ajar Kata Imam

KUALA LUMPUR -Selepas heboh bakal pengantin lelaki ditumbuk kerana gagal menyediakan wang hantaran, kakak sepupu yang mewakili keluarga pihak perempuan tampil menjelaskan isu sebenar.

 

Wanie Azwani melalui akaun Facebook menafikan kekecohan yang berlaku itu disebabkan isu wang hantaran yang tidak mencukupi seperti yang disebarkan.

 

“Saya selaku wakil dan ahli keluarga pihak perempuan (kakak sepupu) tak nak komen atau bercerita panjang, yang mana tak tahu cerita sebenar janganlah menabur fitnah dan salahkan pihak perempuan.

 

“Di sini cukup saya tunjuk kenyataan dari imam masjid tu sendiri yang menjadi saksi utama menikahkan pasangan dan juga berada di tempat kejadian dan melihat sendiri apa yang berlaku dari mula sampai akhir… Itu sahaja yang saya nka sampaikan” ujarnya bagi memjawab isu viral di media sosial itu.

 

Wanie turut menyertakan kenyataan yang di dakwa sebagai kenyataan imam yang

 

“Hari ini sibuk berita di Kosmo tentang gaduh di masjid Khadijah (kerana) ramai yang bertanya pada saya jadi penjelasan yang saya buat bukan gaduh kerana sebelah lelaki cakap kurang ajar apabila keluarga perempuan bertanya tentang baki wang hantaran.

 

“Dah menjadi satu tanggungjawab pihak perempuan minta baki kerana (pihak lelaki) telah berjanji untuk bayar baki pada hari nikah” ujarnya memetik kenyataan yang dimuatnaik itu.

 

 

Terdahulu Kosmo melaporkan kejadian di Masjid Jamek Al-Khadijiah, Pantai Dalam itu berpunca apabila pengantin lelaki yang bakal melangsungkan perkahwinan gagal menyediakan wang hantaran yang mencukupi.

 

Mangsa yang bekerja sebagai pengawal keselamatan itu ditumbuk dan tidak dibenarkan meneruskan majlis akad nikah kerana tidak menyediakan wang hantaran mencukupi sebanyak RM15,000. – SuaraTV

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.