Sultan Kedah Rasmi Sukan Sungai Sempena Hari Keputeraan

Alor Setar – Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah berangkat merasmikan pertandingan akhir Temasya Sukan Sungai di Tanjung Chali hari ini.

 

Temasya diadakan sempena ulang tahun keputeraan baginda yang ke-87 yang menyaskikan lebih 3,000 rakyat membanjiri pesisiran Sungai Kedah sejak 8 pagi.

 

Turut hadir Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Sallehhuddin Sultan Badlishah, anggota jemaah Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani Sultan Badlishah dan Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz serta Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir.

 

Acara didahului dengan lintas hormat Angkatan Tentera dan bot polis marin.

 

Turut memberi lintas hormat bot penyelamat polis diraja Malaysia, jabatan bomba dan penyelamat serta jabatan pertahanan awam.

 

Acara kemuncak sukan ialah perlumbaan perahu panjang, perahu tradisional, perahu naga yang disertai pelbagai pasukan.

 

Baginda berkenan menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.